Pentingnya menjaga kesihatan dengan memilih pemakanan tambahan yang berkualiti.

Assalamualaikum kepada semua tuan dan puan,

Kita perlu memilih pemakanan tambahan yang berkualiti dan memberikan keperluan kepada badan kita untuk menjadi sihat dan bertenaga. Pada kali ini, saya hendak membincangkan pemakanan tambahan yang bernama Daun Belalai Gajah.

Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam keluarga Acanthaceae dan tumbuh dengan baik di negara-negara cuaca tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara umumnya, kematangan SSG adalah 3-9 bulan.

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH (CLINACANTHUS NUTANS)

Mari kita teliti hakikat ini: Apa agaknya yang akan berlaku sekiranya seseorang yang sihat tidak makan selama 7 hari berturut-turut? Tidak syak lagi, orang ini akan mati kelaparan.

Selain udara dan air, makanan merupakan salah satu ciri utama untuk kita terus hidup. Ini bermakna, khasiat makanan menghidupkan nyawa seseorang. Khasiat makanan merupakan sumber hidup. Dari saat pembentukan embrio, sehinggalah hari kita menghembuskan nafas terakhir, kahsiat makanan menyuburkan badan kita setip masa. Inilah perhubungan di antara “khasiat makanan dan hidup”.

KHASIAT MAKANAN MENYEMBUHKAN SEL BADAN

Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui.

Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita.

Selain serat kasar dan kandungan kalsium yang tinggi, Daun Belalai Gajah juga tinggi dalam kandungan zat-zat yang lain. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium dan magnesium dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Daun Belalai Gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass ataupun You Dun Chao, ia adalah tumbuhan yang tidak bertoksik. Ia berasa manis dan pahit. Daun Belalai Gajah dikenali sebagai “Sambung nyawa” di Indonesia, Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pesakit-pesakit kanser di Malaysia mendapati bahawa pengambilan Daun Belalai Gajah membawa kesan anti-kanser yang ketara.

Daun Belalai Gajah membantu detoksifikasi, mengurangkan stasis dan bengkak, membantu urinasi dan menghapus basah, menyelaras haid, mengurangkan kesakitan, anti-radang dan anti-kanser. Secara tradisional, ia digunakan untuk rawatan nefritis, kanser hati, kanser perut, kanser prostat, batu karang, kanser esofagus, ia merupakan penyelamat pesakit-pesakit kanser. Selain daripada itu, ia juga boleh merawat sakit tekak, tonsillitis, hepatitis, demam kuning, anemia, penyakit kulit, tekanan darah tinggi, kekerapan kencing pada waktu malam, penyakit sendi, masalah haid, serta gigitan ular.

Penyelamat pesakit-pesakit buah pinggang.

Keputusan ujian menunjukkan Daun Belalai Gajah tidak bertoksik, mengandungi lupeol, betulin, triterpenoids, beta-sitosterol, flavonoid, kandungan kalium yang sangat rendah, sesuai untuk pesakit buah pinggang. Ia dipercayai mempunyai kesan ketara ke atas rawatan buah pinggang seperti nefritis, penyusutan buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan batu karang.

Dalam tahun-tahun kebelakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kancer sembuh secara ajaib selepas pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser prostat.

Alhamdulilah, setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali penyakit maut.

Walau bagaimanapun, pengambilan daun mentah Belalai Gajah agak leceh, pengguna perlu mencuci dan mengisar daun mentah, tetapi dengan pengenalan ekstrak daun belalai gajah daripada You Dun Chao Healthcare Products Sdn Bhd (pengeluar pertama ekstrak daun belalai gajah di Malaysia), pengguna boleh membawa ekstrak ini dan mengambilnya bila-bila masa & di mana-mana tanpa sebarang masalah. Syarikat ini telah memperkenalkan 6 produk yang bahan utamanya daripada Daun Belali Gajah iaitu 

1)UTURN Plus Minuman Green Tea (botol plastik – 315 ml),

2)UTURN SSG Plus Drink (botol kaca – 500 ml),

3)UTURN King Herbs (kapsul) ,

4)UTURN  Tea Herba (uncang).

Klik link berikut:   https://www.youtube.com/watch?v=qwx3w3hYaMo&t=41s

Sila layari laman web     http://sihatbertenaga.com/cart    untuk membuat belian produk ini secara online.

Sekian, untuk perkongsian ilmu untuk kali ini. Sampaikan ilmu ini kepada orang lain dan marilah kita mengambil pemakanan yang berkualiti supaya kesihatan kita sentiasa terpelihara untuk memudahkan kita mentaati semua perintah Alah SWT, Insyallah. Kita menangguhkan perbincangan ini dengan bacaan tasbih kifarah.