Petua menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat dan bertenaga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan puan,

Kesihatan sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam agama islam, Allah SWT sangat mengambil berat tentang penjagaan kesihatan.  Allah SWT berfiman yang bermaksud lebih kurang ” makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan kerana Allah SWT tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”

Di bawah ada 8 cara menjaga kesihatan supaya kita sentiasa dalam keadaan berat badan yang seimbang dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga. Insyallah.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Badan akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara inimenyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana ia mengandungi jumlah kaoli yang tinggi.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Inilah 8 petua yang perlu kita amalkan supaya kita sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria dan dapat menunaikan banyak amalan soleh. Oh ya,  tuan puan boleh memberi sebarang maklum balas atas rencana kesihatan yang saya bincangkan. Saya akan membalas sebarang soalan yang diberikan kepada saya.

Jumpa lagi di hari lain dengan tajuk perbincangan yang lain. Mariah kita bersama-sama menjaga kesihatan .Semuga kita amalkan semua ilmu ini dan sampaikan kepada orang lain.  Insyaallah. Kita tangguh perbincangan kita dengan tasbih kifarah.