Pentingnya menjaga kesihatan dengan memakan madu lebah yang asli

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

Pentingnya kita mengambil madu lebah asli ini dalam senarai makanan kita.

Lebah adalah antara yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.
Kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Madu lebah dapat merawat penyakit seperti : Asma – Haid – Resdung – Alahan – Jerawat – Rambut gugur – Barah – Letih – Sakit kepala – Buasir – Lendir kahak – Sakit pinggang – Batuk kering – Lemah jantung – Sakit sendi – Batuk – Mata – Sukar tidur – Darah Tinggi – Pening – Gastrik

Secara ringkas penerangan saintifik mengenai khasiat madu :

Antimicrobial Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.

Antioxidants Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.

Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.

Satu Penemuan Terbesar.

Dalam usaha-usaha untuk mengelakkan Saluran Vena Tersumbat, Penyakit Jantung, Kolesterol Tinggi, Memperbaikki Saluran Darah, Menggalakkan Sistem Imuniti Badan.

Keputusan yang menakjubkan selepas 30 hari . 100% semulajadi. Dos Harian untuk Kehidupan yang sihat.

Indikasi: Bawang Putih, Halia, Limau, Cuka Pati Epal, Madu.

Arahan: Ambil 30 ml setiap hari sebelum sarapan. Goncang botol sebelum minum.

Klik link untuk baca lebih lanjut:   http://sihatbertenaga.com/cart/?wpsc-product=se7en
Semuga kita dapat amlakan dan sampaikan kepada orang lain, Insyallah. Kita tangguhkan perbincangan kita dengan tasbih kifarah.