Pentingnya menjaga kesihatan dengan mendapatkan tidur yang berkualiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan puan,

 Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam se malam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.

Di antara kebaikan cukup tidur ialah:

1. Jantung sihat

 Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

 2. Mencegah kanser

 Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

 3. Kurangkan stres

 Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

 4. Kurangkan keradangan

 Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.

 

5. Menyegarkan badan

 Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.

 6. Menguatkan ingatan

 Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.

 7. Membantu menurunkan berat badan

 Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

 8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif

 Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.

 Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)

Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.

9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)

 Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.

 10. Membantu memperbaiki sistem badan

 Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

 Jumpa lagi di hari lain dengan tajuk perbincangan yang lain. Mariah kita bersama-sama menjaga kesihatan .Semuga kita amalkan semua ilmu ini dan sampaikan kepada orang lain.  Insyaallah. Kita tangguh perbincangan kita dengan tasbih kifarah.

This entry was posted in Uncategorized by Norazam Ahmad. Bookmark the permalink.

About Norazam Ahmad

Saya Norazam Ahmad CEO Syarikat Ceria Space Enterprise. Kepakaran saya ialah membantu orang ramai untuk mencegah dan merawat daripada penyakit pembunuh senyap (Jantung, Darah Tinggi, Buah Pingagang, Kencing Manis) dengan mengamalkan pemakanan Ubat Herba Daun Belalai Gajah dan Pakian Kesihatan VKEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *